Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Thursday 29 December 2011

Petua Untuk Membasuh Kuali

Pilihan 1: Sebelum memasak ambil sedikit minyak kelapa. Kemudian lumurkan sebelah luarnya dengan minyak kelapa.
 
Pilihan 2: Sebelum memasak, bancuh tepung (sebarang tepung) dengan air sedikit supaya ia pekat. Kemudian lumurkan tepung yang sudah dibancuh itu di bahagian luar kuali.
 
Pilihan 3: Satu lagi cara yang selalu digunakan ialah dengan melumur kertas suratkhabar dengan sebarang minyak(kecuali petrol/minyak tanah). Kemudian lekatkan pada bahagian luar kuali itu.

Petua Untuk Mudah Cuci Kuali

Selalunya apabila kita menggunakan kuali baru, makanan akan melekat terutamanya sewaktu kita menggoreng. Apabila melekat amat sukar untuk dibersihkan. Anda masukkan air ke dalam kuali tersebut dan campurkan dengan sedikit cuka. Masak dengan menggunakan api perlahan sehingga air mendidih. Biarkan sejuk dan kemudian basuh kuali seperti biasa. Selepas itu, anda boleh menggunakan kuali seperti biasa dan makanan yang dimasak tidak akan mudah melekat pada kuali baru itu.

Monday 26 December 2011

Cupcake tema oren & hijau




Cupcake... tema biru & merah jambu


Cupcake utk hantaran...jiran order utk anaknya bertunang pada 25 Dis 2011..tema merah jambu ngan biru...

Apam Baghdad

Pertama kali tengok apam baghdad... ni pun sbb jiran buat hantaran utk majlis anaknya bertunang pada 25 Dis 2011... di sponsor dr emak saudaranya yg dok di pekan, pahang....

Tak dpt nak komen tentang rasanya... yg tahu hanya apam..kemudiannya yg berwarna hijau tu.. drpd telur, santan, daun pandan dan gula....

Saturday 17 December 2011

Petua Untuk Kurus Badan Dengan Segera


Selepas bangun pagi, sebelum memberus gigi dan berkumur, minum air suam dan air kosong sebanyak 1.5 liter dalam tempoh 30 minit. 
Sistem perkumuhan dalam badan anda akan bertindak mengeluarkan segala toksid yang tersimpan di dalam badan secepat mungkin. 
Cuba lakukannya. Anda pasti teruja untuk mengurangkan berat badan secepat mungkin.

Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak

Sumber dr fb  Mazita Jasamai
‎Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak

Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).

Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

Insyallah....Wallahualam..

Kisah Ibu dan Anak



Jika seorang ANAK terLUKA HATIinya, Maka PERASAAN itu TIDAK akan MENGHALANG IBUnya daripada MASUK ke dalam SYURGA....

Akan tetapi,

Jika seorang IBU terLUKA HATInya, Pasti PERASAAN itu akan MENGHERET ANAKnya MASUK ke dalam NERAKA....

"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala DOSAku dan juga DOSA kedua IBU BAPAku dan Kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka Memelihara dan Mendidikku sewaktu KECIL..."

Petua Kecergasan Badan


1. Sembahyanglah, nescaya anda cergas.
2. Banyakkan makanan segar dan elakkan makanan yang telah lama dan berperam serta yang mengandungi bahan awet.
3. Hanya makan nasi yang dimasak sekali sahaja. Maksudnya, nasi yang sudah sejuk kita panaskan semula tidak baik untuk kecergasan badan.
4. Minum susu segar setiap hari.

5. Minum sedikit madu setiap hari. Boleh juga amalkan minum madu 1 sudu sebanyak 3 kali sehari.
6. Kurangkan gula putih dalam minuman, gantikan dengan gula kabung atau gula kelapa atau yang seumpamanya, yang tidak melalui proses kimia. Kurangkan minum air teh, kopi dan sebagainya. Sebaliknya banyakkan minum air suam atau air kosong.
7. Tidur awal dan bangun awal.
8. Banyakkan menghirup udara segar. Pastikan bilik atau rumah yang kita diami memiliki sistem pengaliran udara yang baik.

Wednesday 7 December 2011

Kek Marble Susu

Bab corak je agak gagal sikit...hehhehe... x pe..untuk kali ke 2 nanti..insya'allah... bg cantik coraknya... sedap gak kek ni...cubalah ye...

Kek Marble Susu
sumber dr fb
Suhaida Mohaini
(http://www.facebook.com/photo.php?fbid=174929552555391&set=a.174292479285765.37619.100001150418223&type=1&theater)

bhn2:

250 gm butter
200 gm gula halus
2 sdt ovalette
4 bj telur gred a
270 tpg halus(guna tpg gandum pn ble)
1 sdt baking powder
60 gm susu pekat manis
2 sdb serbuk koko
2 sdb susu cair
1 sdt coklat emulco

cara:

1) pukul mentega, ovalette dan gula hingga putih...masukkan telur satu persatu...sambil terus memutar hinggan kembang dan gula hancur...masukkan susu pekat dan gaul rata...

2) perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis...gaul rata...

3) bahagikan kpd 2 adunan sama byk...satu dibiarkan kosong (saya letak pewarna n perisa oren)...dan 1 lg dicampur susu cair, serbuk koko dan coklat emulco...gaul sebati...

4) tuang selang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dlm loyang yg dilenser butter...kemudian buat beberapa pusingan dgn chopstick...(corak terpulang pd kreativiti masing2)

5) bakar dgn suhu 175C selama 35 - 45 minit...bergantung pd oven masing2...

Petua Sakit Kepala


Rawatan Islam bagi yang sakit kepala (migrain): 
1. Al-Fatihah 1x 
2. Ayatul Kursi 3x 
3. Al-Ikhlas 3x 
4. Al-Falaq 1x 
5. An-Nas 1x 
6. Yaasin ayat 58 3x (Salamun Qaulammirobbirohim) 
7. Selawat atas Nabi SAW 3x 
Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit. Yang paling penting ialah keyakinan, penyerahan dan tauhid pada Allah s.w.t. Sebab Allah
lah yang Maha Penyembuh.

Sunday 4 December 2011

Deko2 Cupcake


Cupcake lg..yg ni ade org order...guna resepi Mem Besar gak ni...CHOCOLATE MOIST CAKE/CUPCAKES.. leh tengok resepi kat sini.... http://fidahashim2010.blogspot.com/search/label/cupcake..muffin

cuma yg ni guna buttercream yg lain lak...

BUTTERCREAM
(sumber resepi dr fb Mem Besar)
Bahan2nya:-
½ cawan butter (suhu bilik) - 100g
½ cawan lemak sayuran - 100g
4 cawan gula ising (diayak) - 150g
1 sudu teh esen vanilla
4 - 5 sudu makan susu pekat manis
1 cubit garam (ikut rasa)

Cara membuatnya:-
Dlm sebuah bekas, masukkan butter & pukul hingga lembut.
Masukkan lemak sayuran & teruskan memukul sekali lagi.
Perlahan2 tuangkan gula icing, garam, vanila & susu pekat.
Putar perlahan2 hingga betul2 lembut & berkrim.



Petua Wanita Untuk Elak Perut Buncit


Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

Friday 2 December 2011

Bubur Gandum



 

Teringin nak makan Bubur Gandum... tu yg operasi ni.. sedapnya...makan bertambah2 lg...

Cara2 nak buat pun simple je.. tima kasih pd Norliza Ruselan kerana berkongsi resepi...

Mula2 rebus je  biji gandum sampai betul2 kembang, dah kembang masukkan gula dan santan, garam sikit...tunggu menggelegak terus matikan api...nak wangi masukkan daun pandan...santan jgn biar mggelegak lama sangat....pecah minyak tak sedap plak...
Mudahkan.... jom operasi......



bg yg nak kenal biji gandum... gini lah rupanya.. seakan2 biji barli gak... boleh dibeli kat kedai2 mahupun pasaraya2...

Kek Coklat Moist 1/2kg

Kek Coklat Moist Kukus
(Sumber resepi dr Munira Baharum)
bhn2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn myak msk
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati.

bhn2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kcil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kcil (sudu kfc)
*semua bhn nih ayak k..

bhn C: telur 4 bj (blender jer)

Cra2 bt:
satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A....secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...bila dh sebati....taruk jer dlm loyang yg dsapu myk....n kukus dlm 30 -45 minit (b'gantung saiz loyang)...klu nk test cucuk ngan lidi klu x melekat kira msk le...

*p/s...loyang 2 kena panaskan dl sblm mskkan adunan kek td..
* klu nak kukus dlm bekas dadih ni (plastik), pastikan alas dulang @ loyang dlm pengukus..
 * saye buat 1/2 adunan je ni...

Topping Ganache
(Sumber resepi dr Relexkejap ok)
120ml whipping cream
150g dark coklat - dihiris halus
20g butter

Didihkan whipping cream secara double boiler.. masukkan coklat dan mentega,,kacau hingga cair..
Tuangkan ganache atas kek.. biarkan sejuk.. dan hiaskan..

Ayat Kursi


1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
 
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
 
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
 
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
 
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...