Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Saturday 28 January 2012

Kek Coklat....order dr cikgu sekolah




Kek coklat yg diorder oleh cikgu sekolah.... resepi kek coklat mcm yg biasa2 juga... cuma yg ni..  guna resepi ganache yg lain.. resepi dr Mem Besar jugak... hhehehe.. Mem Besar ni memang byk resepi ganache.. kena lah kita rajin mencubanya... memang sedap
COKELAT TOPPING
2/3 cup gula caster
1/3 cup tepong gandum
3 tablespoons serbuk koko
1 cup susu cair/segar
1 cup butter (suhu bilek)
1 cup semi-sweet chocolate chips, dicairkan (double boil)

Didihkan gula, susu, serbuk koko & tepong gandum. Gunakan whisk utk mengacau. Bila dah pekat dlm masa 1-3 minit angkat & tapis & ketepikan. Dah sejuk baru simpan dlm fridge.

Bila dah sejuk baru pukul sambil tuangkan chocolate yg dah dicairkan tadi. Pukul hingga gebu & boleh juga tambah serbuk koko jika perlu.

Petua Untuk Bertengkar

1. Anda orang dewasa yang sebenar. Ketika bertengkar, cuba bertenang dan jangan menjerit seperti kanak-kanak atau bersifat degil.

2. Anda dengar terlebih dahulu apa yang hendak dikatakannya. Sekiranya ada orang lain di situ menjelaskan keadaan, sila dengar dan fahaminya. Jangan melawan cakap orang tersebut, nanti anda melibatkannya pula.

3. Anda bercakap dengan nada suara yang rendah. Jika anda meninggikan suara, dia hanya mendengar pekikan suara anda. Dia atau orang lain yang ada di situ, pasti tidak faham malah tidak ambil peduli kata anda.

4. Anda tumpukan topik atau isu yang berbangkit. Apabila anda bercakap di luar topik yang tidak berkaitan, anda sebenarnya menambahkan masalah. Anda fokus topik yang berkaitan sahaja dan elakkan mengungkit.

5. Anda fikir dahulu sebelum bercakap. Bak kata orang tua, terlajak perahu boleh diundur,  terlajak kata binasa.

6. Masa untuk tenangkan hati. Jika perlu, anda pegi ke mana-mana sehari dua dan tenangkan hati anda.

7. Anda faham setiap maksud kata-katanya. Apabila anda memahami maksud katanya, anda dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.

8. Anda bertengkar bukan hendak menang, tapi hendak menyelesaikan masalah. Pertengkaran bukannya pertandingan untuk menjadi juara berbahas.

9. Anda alihkan perhatiannya dengan membuat jenaka. Tetapi awas, jenaka yang berpada-pada sahaja.

10. Anda diam, dengar dan biarkan dia begitu sahaja. Biarkan dia luahkan apa yang dia rasa dan anda menjadi pendengar yang setia. Pertengakaran pasti tidak menjadi.


Wednesday 25 January 2012

Deko2 pada kek coklat




  

baru nak belajar deko2 pada kek coklat... resepi kek coklat guna resepi Munira Baharum...

kek coklat moist kukus


bhn2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair...
1 cwn susu pekat
1 cwn myak msk..
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati.

bhn2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kcil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kcil (sudu kfc)
*semua bhn nih ayak k..

bhn C: telur 4 bj (blender jer)

Cra2 bt:
satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A....secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...bila dh sebati....taruk jer dlm loyang yg dsapu myk....n kukus dlm 30 -45 minit (b'gantung saiz loyang)...klu nk test cucuk ngan lidi klu x melekat kira msk le...

*p/s...loyang 2 kena panaskan dl sblm mskkan adunan kek td..

 topping coklat guna resepi Mem Besar..
GANACHE 
120 ml fresh cream (whipping cream) 
150 g Dark Chocolate (dihiris) 
20 g butter
1. Kaedah double boil. Panaskan fresh cream dengan api kecil.
2. Masukan dark chocolate dan butter aduk rata. Matikan api.
3. Dinginkan & boleh digunakan.
Tunggu sebentar biarkan ia kental sedikit baru dituang atas kek. Kalau nak buat icing, simpan dulu dlm fridge semalam.. Keluarkan kemudian pukul. Masukkan kedlm piping bag & nozzle

Tuesday 24 January 2012

Cupcake tema biru & putih lg....

Cupcake utk cikgu sekolah

 


Cupcake tema biru & putih

Tempahan cupcake tema biru & putih dr adik jiran utk hantaran pernikahan anaknya pada 20hb Januari 2012



Sunday 22 January 2012

Petua Masuk Rumah Baharu

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan  itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

 Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang  bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak  7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Pilihan Petua Tercekik Tulang Ikan

1. Minum air dalam tudung periuk.
2. Minum air zam zam dan selawat 3 kali.
3. Pusingkan pinggan 3 kali sambil berselawat.
4. Kepal nasi dan telan.
5. Makan pisang
6. Tarik telinga kiri dan kanan.

Khasiat Hampas Kelapa

Untuk menyuburkan tanaman seperti pokok limau kerisik, pokok jambu atau pokok cili, taburkan hampas kelapa pada pangkal pokok tersebut. Selain cepat subur, pokok akan selalu berbuah.

Petua Mencuci Kotoran Pada Pakaian



Pakaian yang kotor terkena dakwat maka dicuci dengan cuka atau air asam limau. Jika terkena minyak tanah pula, kain itu diwap dahulu sebelum dicuci. Kotor yang terkena minyak pula maka maka dicuci dengan disapukan bedak dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa minit kemudian baru basuh....

Petua Mengatasi Sinki Tersumbat

Masalah singki tersumbat mudah ambil segenggam garam kasar dan letakkan di lubang singki. Gunakan air yang sedang mendidih dan tuangkan ke dalam singki tersebut. Singki tidak akan tersumbat lagi.

Koleksi Petua Halau Semut Di Rumah

Petua 1: Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2: Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3: Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
 
Petua 4: Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.
 
Petua 5: Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.
 
Petua 6: Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 7 : Untuk memusnahkan semut, letakkan kulit timun berdekatan sarang semut

Friday 20 January 2012

Agar2 Gudir (Agar2 Lumut)

Agar2 Gudir
Sumber resepi dr fb  Mem Besar 

1 packet agar2 serbuk
1 liter air
5 sudu makan gula merah
5 sudu makan gula pasir
1 kotak santan kara
3 biji telur
garam

Agar2 dan air dimasak hingga mendidih baru masukkan gula.
Kacau2
Kocok telur , santan dan garam kemudian tuang kedlam agar2 yg sedang
mendidih tadi.
Biarkan ia mendidih 4 minit lagi baru matikan api,

Kek Pisang

Kek Pisang

10-12 biji pisang (yg ni saye guna pisang boyan @ pisang 40 hari dlm 12 bj)
1 biji telur
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 st soda bikarbonat
esen vanilla

blend telur, minyak dan gula... lepas tu masukkan pisang...blend lg
tuang dlm bekas lain.. gaul sebati ngan tepung gandum yg diayak ngan soda bikarbonat.
kukus dlm 1/2 jam @ hingga masak...

Thursday 12 January 2012

Waffle



Sumber resepi dr fb Puteri Manja

Waffle Simple

Bahan2 (3 set x 5 keping)
2 biji telur
3/4 cawan susu segar
2 sudu makan minyak sayur (saya guna minyak jagung)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh guna
1/2 sudu teh garam


Panaskan electric waffle maker

Pukul telur sehingga berbuih sedikit..kemudian campurkan susu dan semua bhn2 lain... gaul hingga sebati

Tuangkan ke dalam waffle dan tutup sehingga masak (waffle maker ade mcm2 brand.. jadi ikut arahan memasak spt yg tertera dlm manual waffle anda)

Jangan tuang adunan terlalu sedikit nanti x nampak corak @ terlalu byk adunan, ia kan melimpah keluar..

Hidangkan dengan topping kegemaran anda spt madu, kaya, jem, icecream dll

# saya guna coklat nuttela...sedapppp.... 


Tuesday 10 January 2012

Kuih Bakar Tepung

Sumber resepi dr fb Relaxkejap Ok

Bahan2:
120g tepung gandum
1 biji telur
250ml santan
2 tbsp gula
1 sudu teh minyak sapi
pandan paste

Blend semua bahan.
Panaskan acuan atas api.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...