Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Wednesday 30 May 2012

Cupcake Tema Merah & Kuning

Ini lah hasilnya... cupcake tema merah & kuning... Jiran order pagi jumaat..petang sabtu nak ambik...haru jugak nak memikirkan design... dah ditolak... x nak buat...tp mengenang kan jiran merangkap kira saudara... ambik lah order ni... alhamdulillah..dapat juga menyiapkan untuk dijadikan hantaran pengantin... apa yang penting pengantin pun suka dengan design yg simple ni....

Masih setia ngan resepi Buttercream Mem Besar...nama besar dalam FB Kongsi Resepi...tima kasih ye kak...kerana berkongsi resepi yang mudah dan senang... x lupa juga sedap...secukup rasa....


Thursday 24 May 2012

Apam Aiskrim


Berjaya gak dapatkan mood nak buat apam aiskrim ni...ingatkan susah...rupanya...mudah je.. cuma bab nak buat kon je yg makan masa sikit...hehhehe... ape2 pun... memang sedap apam ni... gebu... anak2 suka... jom buat....


APAM ICE CREAM CORNETTO
Dari blog Masam Manis Azlita Aziz
By: Ibu mertua Erna
Dikongsikan oleh : Mama Fami

Untuk nak buat kon aiskrim.. leh tengok kat SINI ye...

Panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan towel supaya air pada tutup kukusan tidak menitis di atas apam kita nanti.
Api jangan terlalu besar. Jika besar apam akan mekar setaman pulak!

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
* tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut
Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati... boleh lah letak dlm kon td selapis2... lepas tu kukus 15 minit... bila dah masak... sejukkan... kemudian boleh lah hias ngn coklat masakan... siappp




Wednesday 16 May 2012

Coklat Sempena Hari Guru 2012



Sempena Hari Guru 2012... dapat juga buatkan coklat untuk dibawa ke sekolah... walaupun makan 1 hari nak siap...maklumlah ade iklan... alhamdulillah...siap.. mengadap buat coklat dari pagi sampai petang... berapa kali kena godak2 coklat tu...hehhehhe... seronok bermain2 ngan coklat ni... comot jangan nak kata lah...sampai kaki anakpun terkena coklat...

Saturday 12 May 2012

‎10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN


...hanya ALLAH saja yang tahu segala rahsianya....
‎10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
===========================
(Feel free to LIKE, SHARE & TAG ♥ )

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Okay, dah abes bace tu tekan la SHARE! hehe ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...